Thursday, October 30, 2008
Tuesday, October 7, 2008
...rakam video klip lagu Cinta Tiga Segi
Teks & Foto USU AZHA HAJI HAMZAH
SETELAH album terbaru penyanyi hebat Saleem berada di pasaran yang berjudul Trilogik Cinta mendapat sambutan hangat, pihak syarikat pengedaran Music Valley dengan kerjasama Saleem Record dan Wandet Entertainment telah menyiapkan satu video klip untuk lagu ‘berhantu’ Cinta Tiga Segi (atau judul asal dari internet Nyanyian Dari Penjara).
Lagu Cinta Tiga Segi itu mendapat liputan meluas apabila Saleem merakamkannya kerana lagu tersebut pernah popular di saluran Youtube di internet. Lagu itu kononnya nyanyian seorang banduan yang menunggu hukuman gantung setelah membunuh kekasihnya itu dirakamkan di dalam penjara. Walaupun apa ceritanya sama ada benar ataupun dongeng, yang pastinya nyanyian dari Saleem itu lebih berhantu dari lagu berhantu itu. Dengan suaranya yang unik, Saleem berjaya membawa cerita yang terdapat di dalam lagu itu hingga meremang bulu roma.
Video klip itu di rakamkan pada 2 hari sebelum hari raya Aidil Fitri 2008 di sekitar Semenyih, Beranang dan Lenggeng Negeri Sembilan. Video tersebut diarahkan oleh Papa Cico dan pengarah fotografinya pula Arshad Talib dan Wan Mahadzer (atau Wandet dari Wandet Entertainment).
Video klip itu yang kini dalam proses editing menampilkan Pelakon Lelaki Terbaik Festival Filem, Zamarul Hisham dan pendatang baru Intan Lyana dan Nizam sebagai pemain dalam cerita dalam lagu itu.
SALEEM CARI PENCIPTA LAGU
Walaupun ada yang pernah mengaku bahawa mereka adalah pencipta lagu misteri Cinta Tiga Segi itu, namun Saleem ketika ditemui di lokasi penggamabarn video klip itu berharap mereka yang mendakwa bahawa mereka adalah pencipta lagu itu agar tampil bertemu dengannya berserta bukti untuk pihak beliau dan syarikat mengeluarkan royalti sebagai pencipta dan penulis lirik.
“ Saya ingin mengumumkan bahawa sesiapa yang mengaku bahawa lagu itu adalah ciptaan asal mereka, sila tampil bertemu dengan saya. Saya pun nak jumpa juga siapa penciptanya. Walaupun ada yang kata pencipta lagu tu dah mati, tapi pernah juga saya dengar bahawa pencipta lagu itu masih hidup. Jadi sesiapa yang mendakwa mereka pencipta lagu itu, bolehlah datang bertemu dengan saya,”ujar Saleem lagi.
SUARANYA MEMANG BERHANTU
PENYANYI YANG LUAR BIASA HEBATNYA
LAGU CINTA TIGA SEGI MENDAPAT SAMBUTAN HANGAT
RAKAMAN MENGGUNAKAN 2 KAMERA
LATIHAN SEBELUM PENGGAMBARAN
TAKLIMAT DARI WANDET
SAAT PENCINTAAN YANG DICERITAKAN
DALAM LAGU TERSEBUT
ZAMARUL HISHAM MEMANG HEBAT
TEAM PRODUKSI
PENGURUS SALEEM, JULIA SEDANG TRIM MISAI SALEEM
WAJAH AYU INTAN
GANDINGAN MANTAP INTAN DENGAN
PELAKON LELAKI TERBAIK FESTIVAL FILEM, ZAMARUL HISHAM
IKAT TALI PERTUNANGAN
SESSI LATIHAN
ARAHAN DARI DUA PENGARAH
PERCINTAAN SEMASA DI KAMPUS
SESSI LATIHAN INTAN DAN NIZAM
THE MAKING OF...
INTAN AYU DI TEPI POKOK BUNGA
DI NOTTINGHAM UNIVERSITI
BERAKHIRNYA CINTA TIGA SEGI
Thursday, September 25, 2008
EBBY YUS KESAL DENGAN STESEN TV
KUALA LUMPUR – Pengarah, pelakon dan pelawak Ebby Yuss Rashid kesal dengan sikap segelintir ‘orang dalam’ stesen tv yang tidak mementingkan budaya dan kesenian Melayu dalam rancangan-rancangan terbitan mereka.
Ebby Yus meyatakan kekesalannya kerana sikap orang dalam berkenaan yang mengatakan bahawa drama yang berunsurkan silat Melayu tidak senarai dalam slot terbitan stesen mereka.
“ Saya kesal kerana seorang pegawai Melayu berkata bahawa drama silat Melayu tidak ada dalam slot terbitan mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka tidak mementingkan identity Melayu dalam drama terbitan mereka,”
“ Semua umum tahu bahawa silat Melayu adalah satu wadah memperkasakan bagsa Melayu. Bangsa Cina dengan kung fu mereka,
EBBY YUS RASHID
Menurut Ebby lagi, bila ada produser yang sanggup mengeluarkan belanja besar untuk sesebuah drama persilatan Melayu, pihak terbabit seharusnya menyokong dan bukannya menolak kerana tak ada slot. Katanya lagi, slot boleh dibuat dan diuruskan oleh ‘orang dalam Melayu’ itu.
Ebby mengingatkan kita dengan sejarah kemerdekaan Malaysia pada 31 Ogos 1957 dahulu bahawa Pertubuhan Silat Gayong berada di barisan hadapan dalam perarakan tersebut. Itu bermakna bahawa silat itu penting untuk menunjukkan bangsa kita.
Kata Panglima Hang Tuah, Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Ini bermakna pihak berwajib seharusnya mengambil inisiatif untuk melakukan beberapa langkah agar Melayu (silat umpamanya) tidak hilang di dunia.
“ Sudahlah anak muda kita disogokkan dengan cerita-cerita budaya asing sehinggakan mereka sendiri tak tahu silat itu bagaimana rupanya, ini pulak pihak yang seharusnya memainkan peranan untuk menobatkan silat Melayu mengambil sikap tidak mahu membantu,”ujar beliau kesal.
Menurut Ebby, dia mempunyai keupayaan dan kesanggupan untuk melahirkan sebuah drama persilatan bagi mengangkat martabat Melayu, dan ada pula syarikat yang menyokong untuk membantu membiayainya, tetapi dengan sikap stesen televisen yang sedemikian, dia merasa hampa kerana jalan itu tertutup dan seolah stesen televisen itu tidak mengambil peduli tentang budaya mereka sendiri.
Ebby berharap Menteri Penerangan, Dato’ Ahmad Shabery Chik dapat membantu tentang hal ini kerana Ebby pasti YB Menteri itu ada jiwa Melayu yang melekat kuat dalam dirinya.- HARIAN SENI